Google
 

Tuesday, May 29, 2007

Apa itu plasma TV

Mungkin anda tertanya-tanya apakah sebenarnya plasma TV ini dan bagaimana ianya berfungsi. Sedikit informasi yang boleh saya kongsikan di sini adalah seperti berikut;
Plasma TV merupakan hasil daripada teknologi terkini yang kini menjadi salah satu produk terbaik untuk kita melihat paparan skrin rata yang boleh memaparkan imej yang besar dengan kualiti gambar yang menggagumkan , tajam serta jelas berbanding TV-TV konvensional yang terdahulu. Panel plasma ataupun plasma module sebenarnya dihasilkan daripada susunan sel-sel kecil yang dikenali sebagai pixel dimana pixel ini pula terdiri daripada 3-sub pixels iaitu merah,biru dan hijau. Pixel-pixel ini yang dilapisi dengan fosfur pada permukaannya kemudiannya akan bertindak balas dengan gas plasma yang berada di dalam plasma module untuk menghasilkan cahaya berwarna iaitu merah, biru dan hijau. Seterusnya, setiap pixel ini pula akan dikawal pelepasan cahayanya oleh program atau software yang telah diprogramkan di dalam enjin elektronik untuk menghasilkan 16 juta warna yang berlainan bagi menghasilkan imej yang cantik, jelas dan terang yang boleh dilihat pada skrin plasma TV yang hanya mempunyai ketebalan kurang daripada 6 inci.
borak2flatscreentv








No comments:

EduShop Malaysia :: Buy Educational Software Online!
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!