Google
 

Monday, May 28, 2007

Salam Pengenalan...

Selamat Datang ke blog borak2flatscreentv saya ini. Hope you guys will get something from this blog...:) So for introduction saya akan bercerita sedikit pasal teknologi tv kita hari ini...for that ejoy yourself here.

hantutv@gmail.com
http://borak2flatscreentv.blogspot.com/


Teknologi TV di dunia semakin hari semakin cepat berkembang, dikategorikan sebagai produk multimedia,satu revolusi besar telah berlaku kepada teknologi ini. Abad ke-21 ini telah bermulanya era TV DIGITAL yang mana kita boleh lihat munculnya LCD TV & PLASMA TV yang bersaiz besar tetapi nipis dan lebih ringan berbanding TV konvesional atau lebih dikenali sbagai CRT TV yang agak gedabak (bulky) dan lebih berat. Teknologi digital ini telah merialisasikan harapan penggemar-penggemar TV yang mahukan paparan gambar yang lebih besar tetapi jelas dan tajam.
TV konvesional tidak dapat memberikan semua ini kerana untuk menghasilkan saiz visual yang berukuran lebih daripada 40" pengeluar TV terpaksa menggunakan teknik projektor. Tiga Cathode Ray Tube (CRT) digabungkan di dalam satu kabinet dan imej daripada CRT ini akan di dipantulkan pada cermin dan kemudian di pantulkan pula pada skrin besar. Dengan teknik ini maka terhasilah PROJECTION TV yang boleh memaparkan imej yang besar tetapi imej yang terhasil tidak jelas dan tajam. Sudut penglihatan untuk TV jenis ini juga agak terhad. Bahasa mudahnya, kalau nak tengok TV ni kena pastikan anda berada dalam sudut 90 darjah betul-betul setentang dengan skrin TV itu barulah dapat melihat kualiti visual yang optimum. Malah lebih memeningkan, size yang begitu gedabak memerlukan ruang yang lebih besar. Jadinya kalau rumah yang bersaiz 800 kaki persegi seperti kebanyakan apartment kos sederhana, suku ruang tamu akan di gunakan hanya untuk PROJECTION TV ini sahaja.
Secara umumnya sebagai pengenalan, inilah perbezaan besar antara TV DIGITAL dan CRT TV yang rata-ratanya masih banyak digunakan sekarang. Namun 10 tahun akan datang rasanya setiap rumah pasti akan ada LCD TV atau PLASMA TV. Sebab utama, harganya yang pasti akan menjadi lebih murah dan pengeluar-pengeluar CRT TV sebenarnya sudah mula menghentikan pengeluaran CRT TV mereka. borak2flatscreentv

No comments:

EduShop Malaysia :: Buy Educational Software Online!
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!